Wednesday 18 July 2012

rapid kl

rasanya dah lama sangat tak beli tiket lrt. selalunya, guna touch n' go je.
tiba-tiba semalam, naik lrt nak ke kl. waktu balik kerja nak memandu, memang sakitlah jawabnya dengan jam lagi.


confident pergi ke mesin tiket. nampak kat situ tulisan "rapid kl". toleh kiri kanan dan belakang.. ohh semua mesin sama kecuali mesin untuk bayar parking.


tapi, yg keluar tu cuba token. bukan tiket sekeping macam biasa. ok.. cuba je lah. tapi tengok orang-orang yang lalu nak lepasi palang tu, sentuh kad. takde pun untuk token. saya pergi ke kaunter, kata nak beli tiket. tapi katanya, sekarang tiket semua kena beli di mesin.


ok, saya pergi semula ke mesin. kot-kot tadi tersalah tekan. hmm.. akhirnya keluarkan kad touch n go. nak reload, dan guna je kad lagi senang. sekerat jalan saya terhenti. ehh saya tak bawa kad atm, mcmn nak reload!


hampir 10 minit juga berdiri semula di tepi mesin tiket. akhirnya telefon kawan yang selalu naik lrt. dia dah tergelak. ohh rupanya token tu yang perlu disentuh di "touch screen" tu. ok ok noted. hahaha. padan muka!


tak perasan pun lrt putra tu, dah ditukar nama ke rapid kl. selalu nampak rapid kl ni, kat bas saja. haha. tak apa lah. lepas ni tak silap lagi :x

Thursday 22 March 2012

movie

rasanya banyak movie yang best-best sekarang ni. nampak gaya kena mulakan semula movie marathon!

antara yang saya nak tengok:

the hunger games

Genre: Action / Adventure / Science Fiction
Running Time:
 2 Hours 23 Minutes
Director:
 Gary Ross
Cast:
 Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth

Synopsis:
 Every year in the ruins of what was once North America, the nation of Panem forces each of its twelve districts to send a teenage boy and girl to compete in the Hunger Games. Part twisted entertainment, part government intimidation tactic, the Hunger Games are a nationally televised event in which "Tributes" must fight with one another until one survivor remains. Pitted against highly-trained Tributes who have prepared for these Games their entire lives, Katniss is forced to rely upon her sharp instincts as well as the mentorship of drunken former victor Haymitch Abernathy. If she's ever to return home to District 12, Katniss must make impossible choices in the arena that weigh survival against humanity and life against love.


 
 Language: Mandarin
Subtitle:
 Info Not Available
Genre:
 Romance
Running Time:
 2 Hours 10 Minutes
Director:
 Doze NIU Chen Zer
Cast:
 SHU Qi, Vicki ZHAO, Ethan RUAN, Mark JAU, CHEN Yi-han, Amber KUO, PENG Yu Yan, Doze NIU Chen Zer

Synopsis:
 What is love? What does love stand for? We've all been touched by love, yet no one ever understands it. This is a story that takes place in two cities, Taipei and Beijing, about eight lonely souls searching for contentment. A romantic comedy where everything that happens and where every sacrifice is made for LOVE. Ni (Amber KUO) comes from a wealthy family. 

As the captain of a college sport team, everything seems perfect until the day she finds out her best friend Yi Jia (CHEN Yi-Han) is pregnant by her own boyfriend Kai (PENG Yu-Yan) after a one night stand. Betrayed by both her boyfriend and best friend, Ni's life spirals out of control. She needs answers. Meanwhile, Kai realizes that he has made the biggest mistake of his life and that he is in love with Ni. He must have her back. 

All the while, Yi Jia is torn by the situation and decides the best option is an abortion. But it doesn't take long for Ni to realize that she is not the only victim in this situation and admits that she can't afford to lose either of them. Lu (Doze NIU Chen Zer), Ni's father, is a successful middle-aged businessman living a glamorous lifestyle with his charming movie star girlfriend Zoe (SHU Qi) by his side. 

However when Lu is ready for marriage, he finds out that Zoe no longer wants to be with him. In fact, Zoe is a lonely woman who needs waking from the vanity that engulfs her. When she meets waiter Kuan (Ethan RUAN), Yi Jia's brother, she is attracted by his sweet personality and wisdom. Between Lu and Kuan, Zoe faces the biggest choice of her life. Lu's business partner, Mark (Mark JAU), is a ladies' man who only dates young and beautiful women. His fondest memories are of living with his deceased father in Taipei, in a traditional Chinese courtyard home. His dream is to use his wealth to buy a similar home in Beijing. 

Xiao Ye (Vicki ZHAO) is a single mother working in Beijing as a real estate agent. She is not young, nor is she stylish. She spends most of her time and energy taking care of her five-year-old son. One day, Mark meets Xiao Ye while looking for a place to buy and he starts to develop feelings for her and her son.


Genre: Drama / Romance
Running Time: 1 Hour 45 Minutes
Director: Michael Sucsy
Cast: Rachel McAdams, Channing Tatum and Sam Neill

Synopsis: A newlywed couple recovers from a car accident that puts the wife in a coma. Waking up with with severe memory loss, her husband endeavors to win her heart again.



 Genre: Action / Comedy / Romance
Running Time:
 1 Hour 38 Minutes
Director:
 McG
Cast:
 Tom Hardy, Reese Witherspoon and Chris Pine

Synopsis:
 Two of the world's top secret agents are best friends who never let anything come between them -- until they inadvertently fall for the same woman. It's all-out war between them, as the two spies battle each other with high-tech surveillance, advanced tactics, and an arsenal capable of bringing down a small country. At the same time, she struggles with the difficult task of choosing between two very different, but equally attractive romantic proposition.



 Genre: Comedy / Fantasy
Running Time: 1 Hour 45 Minutes
Director: Tarsem Singh
Cast: Lily Collins, Julia Robers, Armie Hammer

Synopsis: In Relativity's "Untitlted Snow White Project", starring Oscar®-winner Julia Roberts and breakout star Lilly Collins ("The Blind Side" & "Priest"), and evil Queen (Roberts) steals control of a kingdom, and an exiled princess (Collins) enlists the help of seven resourceful rebels to win back her birthright in a spirited adventure comedy filled with jealousy, romance, and betrayal that will capture the imagination of audiences the world over. The film also stars Armie Hammer ("The Social Network") as the object of their affection, Prince Andrew Alcott, and Nathan Lane ("The Birdcage") as the hapless and bungling servant to the Queen.

Saturday 3 March 2012

terukir di bintang


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi

Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku

Jangan kau persoalkan siapa dihatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Wednesday 29 February 2012

08.02.12 : delhi to agra

 jam 8 kami dah siap2 nak bertolak ke agra. delhi pun dah sejuk. dan kalau ikutkan pembacaan, agra lagi lah sejuk.

dari delhi ke agra, ambil masa 4 jam lebih. memang akan guna highway. tapi, highway di india tak banyak beza dari jalan biasa. malah, jalan biasa lagi ok dari highway. tapi jangan sangka jalannya teruk pula. bertar. bukan tanah merah. dan tahap jem di highway adakala lebih teruk berbanding dengan jalan biasa. 500m sebelum ke kaunter tol, ada bumper. jadi masing2 akan perlahankan kenderaan. tak macam kat tempat kita, bila kosong je lagi nak tekan minyak.


di india, sama macam di thailand @ indonesia. meriah dengan bunyi hon. bukan hon sebab marah. sebagai tanda kita nak lalu @ mencelah. dan dari 3 lane, tak mustahil akan jadi 4-5 lane. dan ada sekali lalu di satu kawasan yang dilarang hon, memang automatik, tak akan kedengaran bunyi hon. bagus juga kan?


sepanjang perjalanan yang panjang tu, driver kami pasang cd hindi. nasib baik lah hindi kan. kalau guna bahasa tamil macam yang selalu kita dengar, mau tambah bosan kot. lagi best sebab lagu2 tu yang famous, yang selalu dengar dalam cerita-cerita hindustan.


sampai di agra, singgah makan dulu di indiana sebelum check in kat hotel. kami duduk je, waiter tu bawa benda ni. mcm ulam dengan sambal belacan ahaha. ada sengkuang, timun, bawang.


 


untuk lunch, saya cuma order chicken fried rice. memang lah kena gelak. sebab, macamlah kat malaysia tak ada nasi goreng ayam tu haha. tapi tak kira lah. sebabnya, saya takut perut tak tahan. banyak yang saya baca, kena berhati-hati bab makanan. sebab, kalau tak tahan atau makan sebarangan, nanti akan mudah terkena cirit birit. dia serve dalam mangkuk ni. nampak je kecik bekas ni. tapi boleh makan 2-3 orang, ok.



 

 hotel kat agra.. hotel panna. Rs2500 semalam. dalam rm150 camtu. 

ok, bila nak booking hotel, check sekali sama ada diorg sediakan breakfast atau tak. sebab nanti kadang kena tipu. macam kami lah. masa nak register dia kata ada breakfast. tapi esoknya, tak ada. tapi tak kisah sangat sebab kami ada bawa biskut, megi dan segala macam. dia tak provide kettle. cuma air panas. kena call room service. tapi kena check juga. sebab kadang-kadang, dalam tu kotor. have to chech everything. lagi2, dengar kat india kalau tak menipu, memang bukan india. tapi kat mana-mana ada kot. just beware.


lepas rest solat semua, bergerak ke taj mahal. dalam jam 2+ petang. waktu ni, driver kami bawa pulak sorg tour guide, viktu. 1 km sebelum sampai ke pintu check tiket,  kami kena turun. kenderaan bermotor tak dibenarkan mendekati kawasan taj mahal. jadinya kena jalan kaki atau naik beca. kami naik ala2 macam van tapi gunakan generator (?) kalau tak salah. jalan kaki pun best rasanya. sebab sambil nikmati permandangan kiri kanan, jalan beramai2 tak akan terasa. tapi disebabkan ada ibu2 mengandung, naik la van tu. bayar Rs100 seorang.




ni pintu masuk utama. tempat untuk check tiket, check beg dan juga pemeriksaan badan.





 viktu belikan tiket. Rs750 termasuk tax. [tiket tu dia pegang dan agaknya terlupa nak berikan pada kami :( ] kalau beli tiket ke taj mahal, simpan sebab, cukai yang kita dah bayar utk masuk ke taj mahal, boleh guna untuk masuk ke fort yang lain [agra fort to be exact]. bila kita beli tiket, akan dapat air mineral secara percuma, juga sarung kasut. betul-betul dia jaga kebersihan kawasan taj mahal.


mungkin sebab kami sampai petang. jadi tak berapa ramai sangat orang beratur. beg akan diperiksa. no cigaret, no lighter, lipstick, food, etc. juga pemeriksaan badan juga. lelaki dan wanita diasingkan ye untuk barisan checking.


taj mahal ni ada 3 pintu untuk masuk (lepas dari kawasan checking). ni salah satu pintu. ada kubah putih kat atas tu, 1 kubang melambangkan 1 tahun. ada 22 kubah (11 kat depan & 11 lagi kat belakang). ada ayat quran kat dinding tu. sebenarnya saiz ayat tu, tak sama besar. bahagian atas lebih besar dari bawah, biar bila orang tengok, seolah sama besar bahagian atas dan bawah. 

sepanjang-panjang jalan nak ke taj mahal tu, ramai je orang yang offer untuk ambik gambar kita. ada yang dia minta Rs2000 utk 21 keping etc. kalau boleh, tawar sehabis boleh. maybe sampai Rs1400 ke. 


ikutkan cerita.. shah jahan dah ada 2 isteri sebelum berkahwin dgn mumtaz. mumtaz ni isteri ketiga. dgn isteri2 terdahulu, mmg tak ada anak. tapi dgn mumtaz, ada 40 org anak. mumtaz ni puteri raja dari parsi, yg cantik. dan shah jahan mmg terlalu sayangkan mumtaz, sampaikan tak ada isteri selepas mumtaz. dan semua2nya untuk mumtaz. 


taj mahal.. here we come







sebenarnya dalam bangunan taj mahal tu, kecik je. tak semua kawasan kat dalam bangunan tu boleh masuk. tapi dgn senibinanya. semuanya marmar. bukannya dicat. belum lagi landskap kat luar. 4 menara taj mahal tu sbnrnya kalau dilihat betul2, sedikit condong menghala ke luar. kenapa? sebab, kalau terjadinya bencana alam, menara tu takkan jatuh mengenai bangunan taj mahal. betapalah telitinya orang2 zaman dulu kan.


itu ini, dah petang. tak sempat nak pergi ke agra fort. viktu jugak tak galakkan kitaorg pergi ke agra fort sebab katanya tak ada apa. waktu keluar dari taj mahal nak ke kenderaan, kiri kanan tu bangunan2 kedai cenderamata. tapi viktu dah pesan, jangan beli apa2. sebab katanya kat situ tak asli. dahtu kalau beli kat sorang, penjual lain akan datang mengerumuni. geram juga saya sebabnya, its normal la kan? kat indo, bangkok pun mcm tu jugak. 


akhirnya dia bawa kitaorg ke kedai kerajaan. mula2 bawa ke kedai ala2 sulaman tu. harga memang mahal la. setimpal dengan jahitan @ sulaman yang cantik. masing2 dah tarik muka jugak. cakap kitaorg nak cari kedai cenderamata. tak nak dah pergi kedai mcm tu. akhirnya dia bawa ke 1 kedai. mana boleh buat pilihan sangat kan? kat sini saya beli 1 replika taj mahal yang paling kecil. ada yang berwarna. tapi saya ambil yg putih. kat tengah2 tu, bahagian bawah ada lubang. gunanya utk masukkan lampu @ mentol kecil.akan cantik la bila lampu menyala. saya jugak beli poskad siap dengan setem. konon nak hantar tapi tak terhantar2.


dah malam, kedai dah tutup. terus ke hotel. simpan tenaga untuk perjalanan esok.

yusry - lisa

i'm not their die hard fan. i just love to see lisa's cute face. but their wedding.. huhu.. so sweet. love story yg sweet. tiba2 rasa jealous hehe.

Monday 27 February 2012

07.02.11 : from kul to del

flight jam 5pm. saja sampai awal kat airport. dah buat mobile check in siap2. sbb malas nak beratur panjang. pengalaman waktu ke kuching dulu.. terpaksa beratur panjang utk check in. dah la lagi beberapa minit, nak tutup dah kaunter.

kat dalam flight, bahagian depan penuh dgn orang2 indo, ok. yg memang india pun memang la ramai. member memang dah ajak beli seat awal-awal. disebabkan akhirnya kami pergi cuma berlima.. jadi 1 seat kosong tu memang tawakal je lah. ada india duduk kat seat sebelah member tu. waktu makan, siap order beer lagi. sabar je lah.

sampai delhi dalam jam 10pm. beza waktu delhi dgn m'sia, dalam 2 1/2 jam. kira-kira kat malaysia dah jam 12.30am. toilet kat airport bersih je. airport delhi, dah sama dgn klia, ok. bukan lcct haha.

kad utk imigresen memang dah siap isi waktu kat flight. isi borang tu lebih kurang je kami berlima. untuk alamat di india, gunakan alamat abang fahami. sebab memang kami akan tinggal kat situ sepanjang kat delhi pun. masing-masing memang tak isi contact no. sebab tak tau. tengok member-member lain cepat je lepas imigresen tu. tapi tiba-tiba waktu saya, huhu.. dia suruh isi jugak contact no. nasib baik abang fahami dah sampai waktu tu. kalau tak, mau saya tersangkut kat situ. pelik semua orang lepas.

sampai kat rumah faizal, wife dia dah siap masak. huhuuu memang lapar! nasi briyani kat flight tak best!! dah la takde pilihan selain briyani tu.

sebelum tidur, member-member ajak discuss pasal plan esok. tapi macam dah tak boleh catch up je. mengantuk + letih. maybe sebab memang dah masuk waktu untuk tidur kot. lagi-lagi cuaca sejuk ok. dalam 16 darjah.

sorang member tu, memang dah siap-siap bawa list hotel yang dia dah shortlisted. tapi kadang-kadang, susah juga nak bergantung kat net saja. sebab saya tak berapa kisah sangat bab-bab hotel asalkan bersih, jadi bila ada yang cadangkan biar driver je yang bawa tempat yg ok, saya ok saja.

oh ya. untuk driver, kami bayar Rs3,500 seorang untuk 5 hari. tu dah termasuk tol, petrol, parking. kiranya bersih dah.oklah kot. dalam RM250 seorang.

Monday 6 February 2012

four weddings and a funeral

suddenly i remember the poem given by a long lost friend..



Stop all the clocks, cut off the telephone,
Prevent the dog from barking with a juicy bone,
Silence the pianos and with muffled drum
Bring out the coffin, let the mourners come.


Let aeroplanes circle moaning overhead
Scribbling on the sky the message He Is Dead,
Put crêpe bows round the white necks of the public doves,
Let the traffic policemen wear black cotton gloves.


He was my North, my South, my East and West,
My working week and my Sunday rest,
My noon, my midnight, my talk, my song;
I thought that love would last for ever: I was wrong.


The stars are not wanted now: put out every one;
Pack up the moon and dismantle the sun;
Pour away the ocean and sweep up the wood.
For nothing now can ever come to any good.

wrote by W.H Arden